Followers

Wednesday, November 30, 2011

Percaya Pada Diri Sendiri - Motivasi Diri-


Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.


Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu. 



Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.



1. Hindari Mencari-Cari Alasan



Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :



- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll



Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.



2. Gunakan Daya Imajinasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.



Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup. 



3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.



4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka. 



5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.



Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.



Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.




Monday, November 28, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Bulan Muharram adalah bulan sulung dlm kalendar Islam. Sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dr Makkah ke Yathrib, kiraan tahun dibuat mengikut sistem kalendar Julian iaitu sistem kalendar Rom yg diperkenalkan oleh Julius Caesar pd thn 45 Sebelum Masihi (kemudian diubahsuai oleh Pope Gregory XIII sebagai sistem kalendar Kristian pd thn 1582 dan diikuti oleh dunia zaman skg). Malah di kalangan bangsa Arab sendiri pun ada berbagai2 kalendar yg digunakan spt kalendar Tahun Gajah, kalendar Parsi, dan kalendar2 lain yg berasal dr thn peristiwa2 besar Jahiliyah. 


Permulaan penggunaan kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dr ilham Khalifah Umar Al-Khatab r.a. Khalifah Umar Al-Khatab r.a. memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yg khas diwujudkan utk menggantikan tahun rujukan kalendar yg digunakan oleh bangsa2 Arab dan bangsa2 lain pd zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kpd penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.



Khalifah Umar Al-Khatab r.a. telah memilih tahun yg terdpt di dlmnya peristiwa paling agung dlm sejarah Rasullullah s.a.w utk dijadikan asas permulaan thn pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam. Walaupun tahun yg dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pd bulan yg lain selain Muharram.



Kalendar Islam meletakkan bulan kalendar hijrah itu sebagai awal Muharram kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab, lebih2 lagi di sisi Allah.



Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah kerana dgn hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kpd RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun, bertambah kuat, serta mendapat berbagai2 kejayaan besar hasil dari pilihan Umar itu. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra Parsi dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom, dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.



Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Khalifah Umar Al-Khatab r.a. setelah membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar2 Persia dan Rom. Didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu Kalendar Tahun Hijrah diisytiharkan sebagai kalendar takwim Islam yang rasmi dan diikuti dunia Islam sehingga kini. Kalendar Islam mempunyai 12 bulan, dan 354 atau 355 hari.



PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM


1. Taubat Nabi Adam as diterima Oleh Allah.

2. Nabi Idris as Diangkat Ke syurga.

3. Nabi Nuh di selamatkan Dalam Pelayaran.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah Dari pada dibakar Raja Namrud.

5. Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut Ikan Nun.

6. Kesalahan Nabi Daud as diampunkan Oleh Allah.

7. Nabi Yusuf as Dibebaskan dari Penjara.

8. Nabi Yaakub as Melihat kembali.

9. Nabi Ayub as disihatkan kembali dari penyakit kulit.

10. Laut Merah Terbelah dua.


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru awal muharram kepada semua muslimin dan muslimat =)




Thursday, November 17, 2011

Letakkan Sasaran Yang Tinggi


Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

Monday, November 14, 2011

Cabar Diri Untuk Berjaya

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya. 

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula.