Followers

Thursday, February 24, 2011

"Kesan shisha terhadap kesihatan"

1. Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan carcinogen yg tinggi. (carcinogen adalah bahan kimia yg membantu pembiakkan sel kanser). Lebih tepat lagi, penghisap shisha menyedut lebih karbon monoksida berbanding perokok biasa (berdasarkan fakta sebatang rokok mampu bertahan 5 – 7min manakala shisha mampu bertahan sehingga 60minit!)

2. Menurut kajian, menghisap shisha dikenalpasti sebagai salah satu punca kepada kanser paru-paru, kanser mulut, serangan jantung dan penyakit lain yg disebabkan kegagalan jantung dan paru-paru.

 3. Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yg hampir sama dengan perokok biasa.

4. Asap yang dihembus oleh penghisap shisha berpotensi menyumbang kepada kesan “secondhand smoker” kepada orang disekeliling. (secondhand smoker lebih terdedah kepada risiko kanser paru-paru berbanding perokok tegar!)

5. Bg kaum ibu yg mengandung, menghisap shisha mampu menyebabkan kandungan yg dilahirkan tidak cukup berat atau tidak matang.

6. Penyakit berjangkit melalui air liur seperti H1N1 dan air-borne tuberculosis(penyakit TB) mampu merebak di kalangan penghisap shisha di kedai-kedai berikutan paip atau penyedut shisha tersebit tidak dicuci dan di sterilkan dengan betol. (ni yg buat lagi sedap)

7. Menurut statistik WHO (world health organization), setiap 32 orang daripada 100,000 orang di Mesir mengidap TB pada tahun 2005 dan kes baru pula dilaporkan meningkat 25 orang dari setiap 100,000 setiap tahun.


No comments: