Followers

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban


Mengikut petikan di buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh tulisan Usman AlKhaibawi alih bahasa oleh Dr. Syamsudin Manap solat sunat Nisfu Syaaban antara yang dilarang diamalkan pada malam Nisfu Syaaban :
Demikianlah anggapan perbuatan sunat di malam itu dengan mengerjakan solat berjemaah adalah bid’ah yang buruk dan wajib ditentang. Kerana ahli Fikah telah sepakat akan makruhnya solat sunat berjemaah selain solat Terawih, Istisqo’, Khusuf (Gerhana), dari pendapat Imam yang empat selainnya di luar pendapat mereka. Dan solat yang dikerjakan dengan berjemaah yang banyak pada malam itu kemudian dinamakan solat Bara’ah, juga hukumnya bida’ah, kerana tidak pernah ada di masa sahabat dan tidak pula ada pada masa Tabi’in.
Maka sebaiknya untuk orang yang lemah, supaya menghindari perbuatan yang mungkar ini, dengan tidak mendatangi jemaah di malam pertengahan bulan Syaaban, cukup mencukupkan solat di rumah sahaja, kalaulah tidak didapatkan Masjid yang terhindar dari perbuatan bida’ah tersebut, kerana solat berjemaah di Masjid itu hukumnya pun sunat dan wajib untuk solat fardu.

"Pada malam Nisfu syaaban...Malam yang diampunkan oleh Allah semua makhluknya. didatangi 300 rahmat..melainkan orang yang syirik, peminum arak, tukang nujum, kekal dalam zina, derhaka terhadap ibu bapa dan orang yang tak menegur saudaranya... Allah berfirman dalam hadith Qudsi...( maksud).. Adalah orang yang minta ampun padaKu Aku ampunkan, orang yang ditimpa bala Aku afiatkan, orang yang minta rezeki Aku berikan, demikianlah pertanyaan dan permintaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. 



No comments: