Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan
motor. Orang panggil mat rempit le sekarang nih.
Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.Badan aku agak
besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar
naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit
sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di
mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak
lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,
Semua orang tengok aku, cinabing, macam tok pekong aku duduk sorang sorang
kat tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah
balik sambil gelak bagai nak giler.
Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic
light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun
turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter
dalam
poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus
jalan meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter
di trafic light! siol aje! Satu bandar orang yang nampak aku berdiri
terkakang sorang sorang dilampu isyarat! macam ape entah..gelak pulak tu
dia
orang.
Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor
buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor
dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu
leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tu
ler
aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor
le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah
berlaku.
Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang,
motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler
tak
jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye
mengalahkan helikopter, satu
malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak
ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak
cakap depan awek2 tu?tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa
aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor
sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lagi.
No comments:
Post a Comment